Bakul 0

Aloe Hand & Face Soap

RM 64.60

Pembersih tangan dan muka yang melembabkan dengan kadar pH yang seimbang, sesuai untuk semua jenis kulit. Ia adalah satu rumusan lembut yang tidak memedihkan mata dan amat sesuai untuk dijadikan sabun mandian kepada semua peringkat umur. Disamping menanggalkan kotoran pada kulit dengan lebih berkesan, ia melembabkan kulit dan menjadikan kulit lebih bersih, halus serta lembut. 


Nota: 

Testimoni daripada ramai pengguna mengatakan bahawa ia sesuai dijadikan sabun mandian bagi mereka yang mengalami masalah eczema. Kesan eczema menjadi lebih cepat berkurangan jika diamalkan dengan meminum Aloe Vera Gel / Aloe Bits N' Peaches dan sapuan Aloe Vela Gelly / Aloe Propolis Creme.

Ada juga pengguna yang menggunakan Aloe Hand & Face Soap sebagai pengganti kepada syampu rambut biasa yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Kesannya, rambut gugur semakin berkurang. 

Sebotol mengandungi 473 ml. Ini sangat menjimatkan jika anda menggunakannya sebagai pengganti kepada pencuci muka anda yang sedia ada kerana dengan penggunaan yang sedikit sahaja, muka anda dicuci dengan begitu bersih,segar serta lembut dan boleh digunakan sehingga berbulan-bulan. Tidak kurang juga yang menyamakan pencuci yang hebat ini dengan pencuci muka berjenama mahal (sayangnya kami tidak dibenarkan untuk memetik nama pencuci mahal tersebut - anda boleh cuba sendiri). 


* Ini adalah produk rawatan alternatif dan bukan ubat farmasi. Kesan-kesan penyembuhan yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan testimoni pengguna dan bukan kajian makmal perubatan. 

** Sila berikan tempoh 5 - 10 hari berkerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) untuk produk ini sampai selepas tempoh pembayaran.