Bakul 0

Avocado Face & Body Soap

RM 26.00

Kecantikan semulajadi datang daripada kulit yang bersih dan sihat. Kulit yang bersih dan sihat pula seharusnya datang daripada sumber alam. Selama lebih 30 tahun, Forever Living Products telah menjadi peneraju dalam mencari dan melengkapkan sumber semula jadi untuk mendapatkan kulit yang  lebih lembut, licin dan cantik. Avocado Face & Body Soap adalah salah satu contoh kejayaan Forever Living Produk untuk penjagaan kulit yang terbukti berkesan.

Diperbuat daripada 100% mentega avokado tulin sangat mesra dengan kulit. Ia membersih dan melembabkan kulit. Penggunaan yang berterusan memberikan kesan kulit kembali muda. Ini kerana avokado kaya dengan sumber vitamin A, B, D, E dan mengandungi aktioksidan yang membantu melawan radikal bebas. 

Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit. Selain daripada digunakan pada wajah ia juga boleh digunakan pada seluruh badan. Hasilnya, anda dapat kulit tubuh yang sihat tanpa perlu mendapat rawatan body scrub di spa - seperti rawatan spa untuk kulit tetapi dari rumah anda sendiri! Sungguh jimat dan berkesan. 

Tip:

Untuk cucian wajah - basahkan wajah dengan air biasa. Kemudian basahkan sabun dan tangan anda. Gosokkan tapak tangan basah anda pada sabun. Seterusnya, letakkan ketulan sabun. Kemudian gosok kedua-dua tapak tangan anda sehingga menghasilkan buih sabun. Gunakan buih sabun yang mewah ini untuk membersih wajah anda. 

Jangan sental terus kulit wajah anda pada bukuan sabun ini (atau apa-apa sabun pun kerana ini bukan cara yang betul untuk mencuci wajah!) Gunakan buih dari sabun untuk membersihkan wajah. 

** Sila berikan tempoh 5 - 10 hari berkerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) untuk produk ini sampai selepas tempoh pembayaran.